Tuesday 1 April 2014

Bengkel Pengurusan Strategik Guru PPDa Daerah Cameron Highlands 2014

Tarikh    : 1.4.2014
Tempat  : Bilik Micropedia 1 PPDCH 
Peserta  : 30 guru PPDa

Bengkel ini di hadiri oleh En. Abdullah Sani Bin Abdul Rahman Ketua Unit PPDa JPN Pahang dan En. Wan Muhamad Azan Bin W Jaafar Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Pahang. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian mereka  menghadirkan diri bagi memantapkan lagi sistem pengurusan PPDa di daerah ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi meluangkan masa dalam mendapat ilmu dan berkongsi idea dalam bengkel kali ini.





Ucapan aluan daripada En.Hassan Basri Timbalan PPD Cameron Highlands berada bersama En Abdullah Sani Ketua Unit PPDa JPN Pahang , En Badrul Hisham Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Cameron Highlands dan guru-guru PPDa Sek Daerah Cameron Highlands




Pelaksanaan Ujian Urin 2014 Sek Men Daerah Cameron Highlands


Ujian Pantas Urin di sekolah  merupakan salah satu pendekatan dalam usaha Pendidikan Dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan praktikal yang yangh dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap pelajar yang mempunyai tanda-tanda awal pengambilan dadah.
Kaedah pengesanan dengan menggunakankertas jalurini hanya tujuan mengesan sahaja supaya para pelajar yang terlibat dengan penngunakan dadah dapat dibantu dan dipulihkan.
(Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36) bertarikh 24 Julai1998 Ujian Urin Pelajar Sekolah)

Alhamdulillah sudah selesai melaksanaan ujian urin Sek Men Daerah Cameron Highlands pada 12-13 / 3/ 2014.Seramai 90 orang pelajar lelaki yang terlibat serta hasilnya tiada pelajar yang terlibat atau memasukkan bahan terlarang kedalam badan.

Followers