Monday 7 July 2014

SAMBUTAN PERINGKATAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI PAHANG & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PPDa 2014

TAHNIAH!!!!!!!!!

Kejayaan pertama kali bagi unit PPDa Cameron Highlands
Terima kasih kepada Semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan blogspot ppdach ini.





Terima Kasih kepada Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan yang 
banyak memberi sokongan dan dorongan dalam membina laman blogspot ini.




Terima Kasih Semua.....





KOLEKSI BILIK PPDa NEGERI PAHANG 2014






 TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN SERTA MEWUJUDKAN BILIK PPDa.

SK LANGGAR MEWAKILI NEGERI PAHANG ( SR )
SMK SRI JENGKA MEWAKILI NEGERI PAHANG (SM)

PEMBANGUNAN SAHSIAH & DISIPLIN MURID

PROGRAM KERJASAMA UNIT HEM & PPDa




TARIKH : 23 JUN 2014
       MASA    : 8.30 pg - 4.30 ptg
TEMPAT : SMK kg Raja

OBJEKTIF :
  • Membangunkan potensi murid
  • meningkatkan kesedaran diri disiplin murid
  • menghindari murid dari terjebak gejala dadah dan tidak sihat
  • mengubah tingkah laku murid menjadi lebih baik

Wednesday 2 July 2014

Tuesday 17 June 2014

Program INTAN 2014 ZON 3







Tempat  : Pusat Ko Kurikulum Lipis, kg Lalang ( PPD Lipis Tuan Rumah )
Tarikh   : 20 - 22 Jun 2014
 Peserta : 40 pelajar

Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program INTAN 2014 bagi zon 3( Lipis, Cameron, Raub & Bentong ) . Semoga apa yang dilakukan mencapai objektif dengan jayanya,

Tahniah SJKT Shum Yip Leong!!!!!!


Terima kasih atas sokongan semua sekolah daerah Cameron kerana berjaya melaksanakan laluan/sudut PPDa di Sekolah. Tahniah diucapkan kepada guru dan kakitangan serta murid SJKT Shum Yip Leong kerana mewakili daerah Cameron Highlands untuk pertandingan Sudut/laluan Peringkat Negeri Pahang.

Tuesday 1 April 2014

Bengkel Pengurusan Strategik Guru PPDa Daerah Cameron Highlands 2014

Tarikh    : 1.4.2014
Tempat  : Bilik Micropedia 1 PPDCH 
Peserta  : 30 guru PPDa

Bengkel ini di hadiri oleh En. Abdullah Sani Bin Abdul Rahman Ketua Unit PPDa JPN Pahang dan En. Wan Muhamad Azan Bin W Jaafar Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Pahang. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian mereka  menghadirkan diri bagi memantapkan lagi sistem pengurusan PPDa di daerah ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi meluangkan masa dalam mendapat ilmu dan berkongsi idea dalam bengkel kali ini.





Ucapan aluan daripada En.Hassan Basri Timbalan PPD Cameron Highlands berada bersama En Abdullah Sani Ketua Unit PPDa JPN Pahang , En Badrul Hisham Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Cameron Highlands dan guru-guru PPDa Sek Daerah Cameron Highlands




Pelaksanaan Ujian Urin 2014 Sek Men Daerah Cameron Highlands


Ujian Pantas Urin di sekolah  merupakan salah satu pendekatan dalam usaha Pendidikan Dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan praktikal yang yangh dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap pelajar yang mempunyai tanda-tanda awal pengambilan dadah.
Kaedah pengesanan dengan menggunakankertas jalurini hanya tujuan mengesan sahaja supaya para pelajar yang terlibat dengan penngunakan dadah dapat dibantu dan dipulihkan.
(Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36) bertarikh 24 Julai1998 Ujian Urin Pelajar Sekolah)

Alhamdulillah sudah selesai melaksanaan ujian urin Sek Men Daerah Cameron Highlands pada 12-13 / 3/ 2014.Seramai 90 orang pelajar lelaki yang terlibat serta hasilnya tiada pelajar yang terlibat atau memasukkan bahan terlarang kedalam badan.

Followers